Kehidupan awal, pendidikan dan kerjaya Jeffrey_Cheah

Jeffrey Cheah dilahirkan di Pusing, sebuah bandar kecil berdekatan Ipoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di SMK Sultan Yussuf di Batu Gajah.[4] Cheah kemudiannya menuju ke Australia untuk melanjutkan bidang perniagaan di peringkat ijazah di Universiti Victoria di Melbourne. Cheah merupakan penerima 10 ijazah kedoktoran,[5][6] yang mana kebanyakannya diberikan atas sumbangan besarnya kepada pendidikan.[7] Selepas tamat belajar, Cheah kembali ke Malaysia untuk bekerja sebagai akauntan di pelantar pemasangan motor. Beliau keueiannya meninggalkan kerjanya, dan pada 1974, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, syarikat perlombongan bijih timah kecil dengan modal permulaan sebanyak RM100,000.[8] Hari ini, Kumpulan Sunway merupakan salah satu konglomerat perniagaan yang terulung di Malaysia.[9]

Rujukan

WikiPedia: Jeffrey_Cheah http://www.itsanhonour.gov.au/honours/honour_roll/... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/sunw... http://2014.forbesglobalceoconference.com/speaker/... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.studymalaysia.com/education/news.php?id... http://www.sunwayreit.com/man_bod_tsjc.asp http://www.worldfinance.com/infrastructure-investm... http://www.thestar.com.my/News/Education/2015/02/1... http://www.thestar.com.my/metro/smebiz/news/2017/0... http://www.thestar.com.my/news/community/2008/02/1...